Assalamualaikum.
Kisah ini merupakan kisah sedih.Jadi,sila sediakan tisu semasa membaca kisah ini.Semasa menulis cerita ni aku dah mula menitiskan airmata.Okey,nampak tak teknik penipuan aku?.Teknik penipuan aku sejak akhir-akhir ni memang dahsyat.
Sila kagum.
Kisah ini berkisar tentang Sarip dan sahabatnya Mahyudin.Mereka tinggal serumah.Dan belajar difakulti yang sama.
Muhyidin terjebak berkawan dengan Sarip kerana Sarip merupakan seorang yang peramah,pemalu,penyayang dan memahami.Memahami tu macam tak kena pulak.Sebab banyak perkara yang dia tak paham dalam kelas.Okey,takpe.
Pada mulanya Mahyudin agak tidak berkenan dengan sifat mengarut Sarip, tapi lama-kelamaan ianya menjadi biasa.Dan kerana kebiasaan itu,mereka menjadi akrab.Tidur sebantal,kencing sehaluan,makan sepinggan,solat sejemaah.Begitulah kalau nak diceritakan keakraban mereka berdua.
Namun pada satu hari,mood Muhyiddin tidak stabil.Dan pada hari itu jugalah Sarip melakukan aktiviti yang kurang menarik dimata Muhyidin.



Mahyudin yang diselimuti api kemarahan terus memarahi Sarip kerana jenaka keji beliau.

Sarip hanya terdiam.Dia tahu panas baran sahabatnya itu ditahap maksima,jadi tak perlu untuk dirinya membuka mulut.Dan akhirnya Mahyudin menuju kedalam bilik untuk menenangkan hatinya.
Setelah kemarahan Mahyudin reda,dia merasa sebersalah kerana melepaskan kemarahannya pada Sarip.


Selang beberapa saat Muhyidin melafazkan kata-kata lapar,telefon bimbitnya bergetar.Dilihat nama Sarip muncul dari aplikasi 'We chat'.Muhyidin menjadi lebih sebersalah setelah membaca kenyataan Sarip.


*Flashback 3 jam sebelum Sarip dimaki*
Muhyidin benar-benar serba salah.Dia kecewa dengan dirinya kerana tidak dapat mengawal sifat marah beliau.Sedang Muhyidin bermuhasabah diri dibawah katil,satu panggilan telefon telah diterimanya.

Waktu itu Muhyidin mendengar berita yang kurang enak mengenai Sarip.

Rupanya Sarip kemalangan.Waktu itu,airmata Muhyidin mengalir deras.Muhyidin segera menalipon ambulan.

Dan dalam perjalanan ke hospital,Sarip telah menghembuskan nafas yang terakhir.Kini tiada lagi hilai tawa jenaka Sarip yang menceriakan.Yang tinggal bagi Muhyidin hanyalah sesalan kerana tidak menghargai nilai persahabatan.

_the end_
7 Comments
dah sorry--tak layan
dah melutut-- tak layan
dah tunjuk sifat kebaikan--tak layan
terus ego eg ego
haa,nak tunggu mati juga ke baru nak rendah ego dan rs salah tu?
lau nak tegur pun kena laa berpada pada..
Singgah sini. Salam perkenalan