Assalamualaikum,
Ramai orang cakap aku pelik.Bukan
sorang dua yang cakap begitu.Aku tak rasa pun aku pelik awalnya.Aku fikir-fikir
balik ya,ada beberapa perbezaan dari segi perbuatan dan sudut pandang.Aku bagi contoh
ada suatu masa dulu,aku dengan kawanku Hilmi pergi jalan-jalan dan masuk satu
kedai pakaian.Kedai tu ada jual topi ataupun snapback.Aku tertarik nak
beli topi dekat kedai tu dan ada logo yang lawa dan warna yang cantik.
Survey punya survey harga masih masuk
akal,jadi ada 2 pilihan.Dua-dua topi cantik dengan logo yang lawa tapi aku tak
mahu beli dua-duanya.Aku tanya Hilmi mana yang cantik.Hilmi tunjuk pilihannya
yang sesuai dengan aku.Pilihan dia memang tak dinafikan cantik tapi,aku decide
untuk beli warna yang tak cantik hahaha.
Aku beli warna biru cair.Kombinasi
yang sangat tak sesuai dengan aku dan dibenci kawan-kawan.Aku pun tak tahu
kenapa mungkin sebab aku suka dengan logonya.Jadi suatu hari Hilmi tanya aku,”Kau
memang suka warna biru ek?”.Aku menolak pertanyaan yang Hilmi tanya pada aku.”Tak
adalah mana aku suka warna biru”.
Sekarang aku ingat-ingat ya..barang-barang
aku kebanyakannya ada unsur warna biru.Kasut,Headphone,Handphone,baju bahkan
bingkai cermin mata aku warna biru.Aku tak sedar warna biru banyak pada
barang-barang aku.Serius.Kalau orang kata aku suka warna biru,aku menafikan
sebab aku tak ada favourite colour.Pelik kan?.
Aku pernah tengok video tentang
warna.Yang aku ingat dalam video tu ada sebut “Mood seseorang terlihat pada
warna pakaiannya pada hari itu”.Aku tak pasti kebenarannya tapi tiap
kali aku keluar aku akan tengok warna pada baju orang untuk aku tahu moodnya.
-the end-
P/S: Blog aku pun warna biru!OMG!!
4 Comments