Assalamualaikum

 

 

 

Aku masih ingat moment aku masih kecil.

 

Tinggal berdua dengan ibu dirumah pada siang hari ditemani kuih karipap yang ibu aku buat.Masa kecil aku tak suka makan kuih karipap dengan intinya.Ibu temankan aku duduk di meja makan sambil aku asingkan inti karipap dengan gigih dan makan dengan lahapnya.


 




Lepas makan,aku berdiri di kerusi dan lompat dibelakang ibu lalu dia terkejut.Aku mahu didukung ibu dibawa keruang tamu.

 




Ibu suruh aku berjalan sendiri.

 

“awak kena jalan sendiri nanti dah besar dah kawin..”kata ibu.

 

“Awak nak kawin tak?” tanya dia.

 

Aku jawab “taknak!”.

 

“Eh,tak boleh...awak kena kawin.”kata ibu aku.

 

lepastu dia tanya lagi “kalau nak kawin,awak nak kawin dengan siapa nanti?”

 

 

Aku jawab ringkas 





“dengan ibu.”

 

 







-the end-