Assalamualaikum,
Lama sudah tak menulis.Aku tak tahu masih
ada ke orang yang menulis atau membaca blog.Zaman blog dulu meriah sekarang
agak sunyi.Ramai geng blogger berhenti dari menulis sebab fokus pada realiti kehidupan
sebenar sebab zaman tu ramai yang masih bujang ada juga yang dah berkahwin.Sekarang
mereka makin menua termasuk aku hahaha.Ada juga ada geng-geng blog yang sudah
kembali kepada pencipta (beberapa tahun lepas) yang aku ingat blogger Maizura
Amer.Alfatihah.Maizura Amer ni dulu sangat ramah dan rajin blog jogging.Semoga
tuhan kurniakan syurga buat Maizura Amer.
Hidup aku pun banyak berubah.Dulu aku agak
rajin berbanding sekarang.Dulu hidup aku ada target sekarang aku hidup tanpa
tujuan.Aku tak ada benda yang nak aku kejar atas muka bumi ni aku biarkan saja
hidupku mengalir.2 atau 3 tahun lepas aku cakap dengan kawan aku “aku mungkin
tak kahwin cik,aku malas..” kawan aku ketawa.Aku pun.Dia ingat aku bergurau.Aku
serius sebenarnya haha.
Buat masa sekarang aku malas nak jumpa
kawan-kawan aku.Kawan aku pelik sampai tanya abang aku kenapa taknak jumpa dia.
Oh ya,aku lupa kadang-kadang aku ada memori
atau kenangan yang lalu dalam kepala.Aku tak tahu adakah ini tanda-tanda
penuan?haha...contoh aku cakap dengan kawan sekolah rendah aku “aku teringat
kau buat topeng harimau dulu masa sekolah..” dia pelik macam mana aku boleh
ingat.Kawan pertama yang terbuang air besar masa darjah satu pun aku boleh
ingat.Aku tak tahu apa yang berlaku dengan otak aku.
Salah satu sebab aku tak mahu melepak sekarang aku tak suka dengar gosip bukan sebab aku baik tapi aku takut memori macam tu sangkut dalam kepala.
Ah! dahlah..malas aku cerita.
5 Comments
dia meninggal sbb apa?
alfatihah