Assalamualaikum

 

 

 

Semperna hari kemerdekaan nak share story sikit tolong baca eh jangan skip..haha

 

 

 

Sarip merupakan anak bekas askar.

 


 

 

Ayah Sarip sangat garang.Serius tak tipu.Ayah jenis cakap direct tak ada tapis-tapis.

 




Sarip ada sembilan bersaudara dan Sarip merupakan anak kesembilan.Sepanjang hidup Sarip tak pernah melihat mainan abang-abangnya dirumah ternyata...

 


 


Dia akan siasat,dan suruh kau bakar mainan tu.




Dalam tegasnya arwah ayah Sarip,setiap kali dia menonton di TV atau melihat anak dia ada perbarisan pada 31 Ogos air mata dia akan mengalir.

 

 


Ramai orang akan cerita tentang ibu tapi tak banyak yang tahu tentang ayah.Apa yang ada dikepalanya.Apa yang dia takutkan.Apa kebahagiaan dia.

 

Lelaki ego dia tinggi.Dia tak akan cerita apa yang dia mahu.Dia tak akan cerita apa yang dia takut.Apa yang dia fikirkan cukupkan semua keperluan demi kebahagiaan isteri,anak dan cucu.Cucu dia paling banyak dapat mainan ah jeles aku.

 

 

Sebagai lelaki aku faham.

 

 

Aku pernah jaga dia sakit dulu.Remuknya hati tengok orang segagah itu dalam keluarga kami jatuh sakit.Betul-betul lembik dia.



“Ayah mintak doa anak-anak ayah..”dan dia sebutkan nama anak-anaknya satu persatu.

 

 


Ah tak mampu aku teruskan lagi entry ni..

 





 Al-fatihah Ayah!

Kamu adalah ketua kami selamanya...