Assalamualaikum.





Aku masih hidup.Alhamdulillah..




Ada yang kecewa ke bila aku cakap aku masih hidup?.Nak kena lempang ke?



Nampak tak…aku dah makin garang?......Aummmm Aummmmm (cakar belakang harimau).Sebenarnya tu macam intro kat blog cik ungu.Aku tiru je.







Okey tu semua lawak hambar.Seriusli aku rindu nak menulis macam dulu.Tapi masalahnya aku dah tak kelaka.Dan haritu aku buat lawak kat anak sedara aku.Pastu anak sedara aku cakap “tak kelaka lah busu..”.







Lepas dia cakap macam tu aku rasa terhina dan aku berjanji aku taknak buat lawak lagi.Sebulan jugak aku kurung diri dalam bilik.Lepas sebulan tu keyakinan aku dah mula datang sikit demi sikit,lama-lama jadi bukit.








 


okey,tu semua cerita mengarut.Berbalik pada tajuk,seriusli aku dapat merasakan zaman blog semakin merundum.Disini aku telah cuba menyiasat punca-puncanya:





1)Terlalu banyak laman-laman sosial dan media sosial yang lebih mudah berbanding blog.
2)Bloggers sibuk dengan kerjaya harta pangkat dan kekayaan.haha
3)Ramai bloggers sudah berkahwin.






Okey tu je. (tepuk tangan tiba-tiba)















P/s:Tapi haritu aku ada bukak satu blog stail.Patah rahang aku sebab baca blog dia…---------------->blog bro Faizal