Friday, 8 March 2013

Aku Pasti Menyusul




Pagi itu indah seperti biasa.Aku tertanya-tanya dimana letaknya bilik itu.Asing terasa.Debar menguasai jiwa.Hiba aku seketika tatkala mata terpaut pada sekujur tubuh yang dikerumuni manusia disekelilingnya.Dihati ini renyai.Mata yang memamerkannya.Tahan.Aku lelaki.Aku kuat.





Kulihat dia sedang lena.Sakit agaknya.Beberapa minit kemudian dia sedar.Tangan dihulur tanda hormat dan rindu.Dia cuba bercakap tapi tak jelas.Aku memahaminya dengan membaca gerak bibirnya.Tanganku masih erat digenggamannya.Airmatanya dititiskan satu persatu.



“Sabarlah…”.Bibirku mengatur bicara.Yang berada disekelilingya juga mengatakan benda yang sama.Cuba menenangkan.


“Bila sampai?”.Kali ini aku mendengarnya percakapannya jelas.

 “Semalam baru sampai.”.Balasku ringkas.Aku tahu dia kesakitan.Tapi nampak gembira sedikit bila bertemu aku.Yang lain mengatur langkah.Masing-masing punya tugas.Tugasku pula menjaganya disitu.



Terkadang aku dihujani kerisauan bila meninggalkan dia sebentar.Walaupun untuk lima minit.Dalam lima minit itu jugalah aku menghantar doa dalam sujudku.


“Kau dah makan ke?”.Suaranya agak kurang jelas bermain ditelingaku.

“Dah,tadi masa solat tadi…terus pegi makan…”.Bibirku menipu. “Abah nak makan ke?”.Sambungku sambil jari menghunus makanan dikaki katil.


“Sekejap lagilah…abah takde seleralah…”.

“Abah kena makan,sekejap lagi nurse nak kasi ubat…”.Nadaku agak lancar.


Seminggu aku dihospital menjaga abah.Tiga bulan dirumah.Aku yang menyuapkan makan minumnya.

Sampai masa aku harus pergi.Berat juga hatiku meninggalkannya.Sedih.Airmata mengiringi pemergianku.





Sampai masa,dia meninggalkan aku dan keluarga buat selamanya.Banyak benar dosaku dengannya.Banyak.Dan disaat dia pergi,aku tiada disisinya.Hanya tuhan yang tahu jika aku menyaksikan itu betapa deritanya aku.




Aku pasti menyusul.Pasti.

2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

sedihnye...

kita juga bakal menyusul.

Sarip Kumbang said...

itu satu kepastian