Sunday 16 March 2014

Kisah Klasik



Assalamualaikum.










Kisah ini merupakan kisah sedih.Jadi,sila sediakan tisu semasa membaca kisah ini.Semasa menulis cerita ni aku dah mula menitiskan airmata.Okey,nampak tak teknik penipuan aku?.Teknik penipuan aku sejak akhir-akhir ni memang dahsyat.


Sila kagum.


Kisah ini berkisar  tentang Sarip dan sahabatnya Mahyudin.Mereka tinggal serumah.Dan belajar difakulti yang sama.




Muhyidin terjebak berkawan dengan Sarip kerana Sarip merupakan seorang yang peramah,pemalu,penyayang dan memahami.Memahami tu macam tak kena pulak.Sebab banyak perkara yang dia tak paham dalam kelas.Okey,takpe.





Pada mulanya Mahyudin agak tidak berkenan dengan sifat mengarut Sarip, tapi lama-kelamaan ianya menjadi biasa.Dan kerana kebiasaan itu,mereka menjadi akrab.Tidur sebantal,kencing sehaluan,makan sepinggan,solat sejemaah.Begitulah kalau nak diceritakan keakraban mereka berdua.


Namun pada satu hari,mood Muhyiddin tidak stabil.Dan pada hari itu jugalah Sarip melakukan aktiviti yang kurang menarik dimata Muhyidin.
































Mahyudin yang diselimuti api kemarahan terus memarahi Sarip kerana jenaka keji beliau.























Sarip hanya terdiam.Dia tahu panas baran sahabatnya itu ditahap maksima,jadi tak perlu untuk dirinya membuka mulut.Dan akhirnya Mahyudin menuju kedalam bilik untuk menenangkan hatinya.



Setelah kemarahan Mahyudin reda,dia merasa sebersalah kerana melepaskan kemarahannya pada Sarip.

















Selang beberapa saat Muhyidin melafazkan kata-kata lapar,telefon bimbitnya bergetar.Dilihat nama Sarip muncul dari aplikasi 'We chat'.Muhyidin menjadi lebih sebersalah setelah membaca kenyataan Sarip.















Dia tidak menyangka Sarip yang dimakinya tadi cuba menceriakanya kerana Sarip terdengar perbualan tegang Mahyudin bersama ayahnya.Dan Sarip cuba berjenaka untuk meredakan kemarahan sahabatnya itu.







*Flashback 3 jam sebelum Sarip dimaki*









Muhyidin benar-benar serba salah.Dia kecewa dengan dirinya kerana tidak dapat mengawal sifat marah beliau.Sedang Muhyidin bermuhasabah diri dibawah katil,satu panggilan telefon telah diterimanya.















Waktu itu Muhyidin mendengar berita yang kurang enak mengenai Sarip.







Rupanya Sarip kemalangan.Waktu itu,airmata Muhyidin mengalir deras.Muhyidin segera menalipon ambulan.








Dan dalam perjalanan ke hospital,Sarip telah menghembuskan nafas yang terakhir.Kini tiada lagi hilai tawa jenaka Sarip yang menceriakan.Yang tinggal bagi Muhyidin hanyalah sesalan kerana tidak menghargai nilai persahabatan.











                                                      _the end_

8 comments:

syafiqa said...

guana kalau dapat member yang jenis tak reti muhasabah diri lak?
dah sorry--tak layan
dah melutut-- tak layan
dah tunjuk sifat kebaikan--tak layan


terus ego eg ego
haa,nak tunggu mati juga ke baru nak rendah ego dan rs salah tu?

Sarip Kumbang said...

Kalau kita dah tegur kwn kita tu dah kira ok ler tu.Tp tak salah kalau kita slalu ingatkan kwn kita tu wlaupun hati dia liat nk trima tguran.Dlm Alquran pun ada ckp "berpesan2lah kpd kbenaran,dan bpesan2 kpd kesabaran".

♥ Nana BamBam ♥ said...

sedehnya...

habis sekotak tisu lap air hidung :D

Sarip Kumbang said...

Hahaha...jgn ler teruk sgt nipu nyer...

E'in said...

nak bergurau pun kena laa berpada pada..

lau nak tegur pun kena laa berpada pada..

zainatul abu bakar said...

Huhuhuhu kesian sarip :((

Singgah sini. Salam perkenalan

Unknown said...

lama tak dengar ko mengarut sarip. ada kelainan disitu. :)

Sarip Kumbang said...

Tengkiu sudi lepak.