Thursday, 25 June 2015

Zaman Sekolah Rendah Seorang Lagenda














Assalamualaikum.





Selamat berpuasa.






Semalam,masa gua terdampar atas tilam tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah dulu.






Gua tersengih kejap.Nakal jugak aku ni rupanya.






Masa zaman sekolah rendah dulu gua memang suka loya buruk.





Gua teringat,ada satu cikgu perempuan masuk kelas gua secara tiba-tiba.Gua renung muka dia."oh,aku kenal cikgu baru ni...tapi,cikgu ni takde ajar aku pun..apesal dia masuk pulak ni.".Hati gua berdialog tetibe.








Orangnya tak tinggi,kecil molek sesuai dijadikan calon menantu (tetiba).







"Semua bangun!".Ketua kelas gua bersuara.








"Dahlah tak hensem ketua kelas gua ni..pastu,nak suruh orang berdiri pulak!".pekik gua dalam hati.









Selesai baca doa kawan sekelas gua dah standby nak duduk.Gua dah duduk dulu dah.Tiba-tiba cikgu tu bersuara "nanti dulu,jangan duduk dulu...".








Aku berdiri balik."Apabenda cikgu nih mainkan perasaan gua pulak.".Hati gua berdialog lagi.






"Saya cikgu ganti untuk subjek (........gua tak ingat) untuk harini ...cikgu awak takde.".Kata cikgu tersebut.




"Sebelum duduk,saya nak berkenalan dulu dengan awak semua...mula dari sini..".Kata cikgu ganti tersebut sambil jari telunjuk menghala pada kumpulan paling hadapan berhampiran pintu masuk.





Selesai berkenalan.






"Saya taknak mengajar harini..awak semua boleh buat kerja masing-masing..".Kata cikgu gantian tersebut.











"Siapa harini yang tak solat?saya nak awak semua jujur..sila angkat tangan".Kata cikgu tersebut lagi.





Semua kawan sekelas terdiam.


Mata cikgu tersebut meliar.





Bola matanya terhenti tepat pada gua.Tempat duduk paling belakang berhampiran pintu belakang.








Gua angkat tangan seorang diri rupanya.Satu kelas tengok gua."aduh,jatuh maruah gua sebagai pelajar kacak dalam kelas!budak perempuan yang gua minat pun tengok gua..adui malunya gua...".Bisik hati gua lagi.







"Kenapa awak tak solat?" tanya cikgu tersebut kepadaku dengan dahi berkerut.





"Belum masuk waktu cikgu macam mana nak solat!".Balas gua yakin.









Satu kelas gelak.



"Oh loya buruk...nama awak siapa?".Tanya cikgu tersbut lagi sekali sambil berjalan kearah gua dan memulas telinga gua.









Semenjak peristiwa itu gua menjadi semakin kacak dan menjadi rebutan gadis-gadis sekolah.
                                                                          




                                                                                                                         -the end-

18 comments:

Zyra Roxx said...

Tak cool langsung cikgu hang sarip. Tak cool!

Sarip Kumbang said...

Cikgu tu memang tak cool. *nangis tepi tangga*

Razfira said...

nak ngorat cikgu letteww

Sarip Kumbang said...

Cikgu yg ngurat gua,tp gua tak berminat (bajet hot)

Kakak Tiri Cinderella said...

Haha Betul jugak kan.. Belum masuk waktu, macam mana nak solat :P

Sarip Kumbang said...

Mestilah betul.Gua dulu genius kut.Tapi dululah.Dulu.

Farah Dafri said...

jawapan yg brilliant haha! :D

Sarip Kumbang said...

*tepuk tangan*



*Hidung kembang sambil lari setempat tiba-tiba*


E'in said...

lebih laa kau ni sarip! buat loyar buruk plak.. hahahaha

Sarip Kumbang said...

Dulu cita2 nk jadi lawyer oke...sbb tu kena panda loyar buruk

KorN said...

sarip. aku ttiba dalam kepala hotak mengatan meran tu ngo. baik ko ngaku.

KorN said...

sarip. aku ttiba dalam kepala hotak mengatan meran tu ngo. baik ko ngaku.

Sarip Kumbang said...

Bahasa apa kau pakai ni korn.hahhaa

sofie adie said...

adui...pecah perut baca...nasib tak terbuari je...

namy yul said...

Haha rasanya gua jugak pernah sedang memandang ke arah jejaka kacak dibelakang mengaku xsembahyang tu =)
#guabukanbudakperempuanluminat
#guakawansebelahbudakperempuanluminat

new member #38

Sarip Kumbang said...

Sofie jikan ramai yang baca entri gua teralih pundi kencing tau...hati-hati ye...





Namy yul...berderau darah gua kak.Ingat kwn sekolah gua tadi.

LadyBird said...

Isk isk isk.. :p..

Sarip Kumbang said...

Sebak ke?hahahah