Saturday, 18 July 2015

Empat tahun




Ini ibu aku.




Ini gambar terakhir yang aku ada.Dia tak suka sangat bergambar.Satu hari aku cari dia dalam rumah."Mana mak aku ni ye?".



Dia tengah solat maghrib.Aku tunggu sampai dia selesai."Lama betul mak aku ni sembahyang".Selesai solat dia tanya aku dah solat ke belum.Aku balas "belum.Tunggu mak habis sembahyang la,lama betul..".Dia pun bangun dari tempat solat.









Aku pun solat kat tempat mak aku solat tadi.Selesai solat aku lalu depan mak aku.







"Cepat betul kau sembahyang?".Dia tanya aku.Lepastu dia ajar aku cara sembahyang.








Waktu tu aku rasa hairan.Tiba-tiba je mak aku ni ajar aku solat.Bukan aku tak reti solat pun.Sampai sekarang kisah tu bermain dalam ingatan.






Aku dah tak boleh cari dia dalam rumah sekarang,sebab dia dah tak ada lagi.Aku dah tak boleh mintak doa lagi,sebab dia dah tak ada.






Dah empat tahun mak dan ayah aku pergi tinggalkan dunia.Tak pernah sesaat pun aku lupakan mereka.






Dan semalam (pagi raya pertama) aku pegang henset dan cari nombor telefon siapa yang aku nak call sebab aku tak balik kampung.Niat hati nak dengar suara mak dengan ayah aku.






Cari nama dalam contact list.





















Tutup henset.













Tahan airmata.













Bangun cepat-cepat terus sambung masak dengan kawan serumah.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin.


Pssssttt: Hargai orang tuamu selagi masih punya kesempatan.Satu saat kau akan rindui suara mereka.







13 comments:

Kakak Tiri Cinderella said...

Hurm.. Sedih laa pulak. Hargailah mereka selagi ada... Thanks atas peringatan, Abe Sarip :')

Sarip Kumbang said...

Welkem

Zyra Roxx said...

huaaaa sedih... :'(
hanya insan2 yg mcm kita ni je yg tahu sedihnya cemana.. buhuhu

Sarip Kumbang said...

Betul2... T_T

namy yul said...

semoga tabah ye sarip..jgn lupa doa bebanyak buat emak abah ..

KorN said...

bertabahlah sahabat.. sebak plak aku baca... doakan dia di sana.. moga tenang hendaknya. amin

Sarip Kumbang said...

Terima kasih namy dan korn....

Razfira said...

T-T

Sedih kalau aku pon kehilangan diorang nanti..

Al-Fatihah

Selamat Hari Raya..

Sarip Kumbang said...

Selamat hari raya juga.

Menusuk Hati said...

Betul tu sarip..Hargai selagi mereka masih ada..Jumpa di sini

Sarip Kumbang said...

Cerita gua ni menusuk hati tak?hehehe

anamizu said...

alamak aih. mata masuk habuk T___T

Sarip Kumbang said...

Terima kasih sudi singgah.