Friday 25 July 2014

Sarip Berambut Panjang

Assalamualaikum.



Apa kabar semua?








Puasa tak?








sapa yang angguk tadi aku terperasan ada sambal nasik lemak dekat tepi bibir.







haaaaa....muka pucat.....tu kenapa?siap berpeluh pulak tu...






Oke.Mari kembali ke pangkal jalan.Berbalik pada tajuk entri,ada benda yang aku nak ceriter.

#SATU

Haritu aku aku balik kampung dengan berahi dan ghairah.Macam biasa rambut aku panjang sikit dari biasa.Tapi takdelah lah mengurai macam penyanyi rock.Tapi kalau sekali imbas nampak macam model majalah playboy.kahkah...


Sebenarnya aku tak jangka nak balik kampung,tu pasal lah aku biar jer rambut aku macam semak.Biasa aku gunting dengan Hilmi (housemate aku).Tapi sayang,Hilmi dah balik kampung awal.Dia belot dengan aku.





Aku masih ingat dialog suci dia cakap kat aku "Sarip,kau takyah balik lah.Bosan kalau engkau takde...".


Tapi dia yang balik dulu.Lepas ni aku nak ajak orang kampung aku buat sepanduk 'Hilmi pengikis tali pusat'.





oke berbalik pada cerite rambut aku,12 hb haritu aku teman akak aku hantar anak dia (anak sedara) balik asrama,sampai pintu pagar asrama,aku nampak guard berdiri.Guard tu senyum,aku pun senyum balik.Dalam hati aku kata,"mesra sungguh guard ni,baguih betoi.."






Pastu anak sedara aku turun dari kereta menuju pegi ke pondok guard sebab nak kena tulis nama kat buku balik kampung.Guard yang senyum kat aku tadi masih berdiri kat pondok.





Selesai tulis nama,anak sedara aku masuk kereta sambil bersuara diselangi ketawa..."tadi guard tu tanya,itu kakak awak eh?".







Semua orang dalam kereta ketawa.Jahanam punya guard!






#DUA

Dalam perjalanan balik,aku suruh akak aku singgah kedai sebab aku nak beli berus gigi.Aku ambik berus gigi,lepastu letak kat kaunter dan berlalu pergi sambil berkata kat akak aku "kak bayarkan eh?aku tak bawak duit...".


Aku pun keluar dari kedai tersebut dengan gaya C.E.O

 Beberapa minit lepas tu akak aku keluar dari kedai sambil tersengih.
Dia masuk kereta."Woi!tadi perempuan cina tu tenung kau,dia tanya kau lelaki ke perempuan.


Akak aku ketawa lagi.





"Dalam sehari,dah dua orang cakap kau macam perempuan...."





Akak aku sambung ketawa.




P/s:Kerana rasa berdosa menyerupai perempuan,aku potong rambut.

























No comments: