Sarip Menjadi Guru

January 31, 2026

Assalamualaikum.


Selepas setahun belajar ambik Diploma Pendidikan di Negeri Sembilan yang aku tak sangka pun aku dapat sebenarnya sebab dah 30an nak masuk 40an.Nak kata,rezeki takkan lari kalau kita punya.Aku pernah ada impian sikit time ijazah dulu.Aku baru habis belajar dan dalam sibuk uruskan sijil ijazah pergi banggunan sana sini.Masa tu aku terpandang satu banggunan kuliah pendidikan 'Kuliah Tarbiah'.Kawan-kawan yang masih muda waktu tu rancang nak sambung lagi ambil pendidikan dalam 1 atau 2 tahun macam tu.Katanya jimat masa berbanding ambik pendidikan dalam negara.Aku pun ada jugak cita-cita nak ambik pendidikan,tapi aku tak boleh sambung sebab aku dah terlalu lama belajar.




Okeylah aku sambung diploma kat Malaysia...lepas aku ambik Dalam masa setahun belajar tu aku belajar macam-macam.Jumpa kawan baru,pensyarah baru,ilmu baru.Sebenarnya 1 tahun tu rasanya singkat.Aku tak boleh nak kejar sangat sebab aku agak struggle memandangkan aku slow learner.



Sampailah habis setahun..


2 minggu lepas aku baru di posting ke sebuah sekolah di Johor.Namun,sekolah ni unik.Aku tak pernah belajar dalam masa diploma 1 tahun tu.Aku kena mengajar anak-anak syurga!.Aku tak ada basic untuk mengajar anak-anak autism,masalah pendengaran,pembelajaran.Jadi Allah letakkan aku dan 2 orang lagi (kami baru kenal) dekat sini.Kami bertiga tiada basic untuk ajar anak-anak ni.Aku dan 2 orang lagi difahamkan perlu belajar Bahasa Isyarat!.



Aku dah masuk kelas yang memerlukan Bahasa Isyarat.Sumpah!aku boleh bagi arahan berdiri,beri salam,jawab salam.Selain daripada tu aku bantai dengan bahasa badan aku sendiri hahahahah (yang penting faham maksud)


nantilah aku cerita lagi...



Nota kaki:Doakan saya dan kawan-kawan dapat cepat adaptasi dan cepat belajar Bahasa Isyarat.Ini bukan sesuatu yang mudah dan makan masa.


 

No comments:

Powered by Blogger.