Thursday 9 May 2013

Kisah Yang Menyayat Hati





Assalamualaikum.





Lama benar aku tak menulis.Padanlah selama ni aku rasa gelisah jer.Menulis ni,sebenarnya dah sebati dalam kehidupan aku.Bukan aku jer,malahan adik beradik aku sendiri pun kesemuanya penulis.



Jadi,bila sehari tak menulis rasa macam tak makan sembilan tahun.Lepastu,tekak pun rasa loya-loya,pening-pening,rambut gugur,kuku kaki tercabut sendiri,hingus meleleh dan macam-macam lagilah.Kalau aku nak tulis satu persatu memang banyaklah,kalau camtu baik aku buat novel jer.(Tetibe marah)



Hebat gila aku menipu.Syabas!.


Adik beradik penulis?puih!!!!




Sebenarnya aku rindu pulak dengan anak sedara aku.Rindu dengan larian kanak-kanak.Sebab dalam rumah ni semua kawan-kawan bujang,jadi mereka tak main lari-lari dalam rumah.Aku cuba bayangkan kawan-kawan serumah aku ni main kejar-kejar.Dengan masing-masing berjanggut,main lari-lari dlam rumah.Itu memang menakjubkan!

(Tepuk tangan semangat)





Oke,sebenarnya aku teringat kat anak sedara aku yang sorang ni.Nama dia Firdaus.Dia tak comel macam aku.Suatu hari tu dia baru balik dari sekolah dengan muka masam sambil mulut terkumat-kamit.Aku sangka dia tengah berzikir,rupanya dia tengah marah.Lalu aku yang bersuara lunak melontarkan pertanyaan padanya.



“Hoi,masamnya muka?gaduh dengan awek ke?”.



Dia pun tersenyum sikit sebab dengar perkataan ‘awek’.Malu agaknya.



 “Lepasni,taknak kawan Firdaus gemok!dahla gigit orang masa main bola tadi..”.Anak sedara aku merungut.



“Sapa Firdaus tu?”.Tanyaku.


“Dia kawan aus,dah ler gemok..nama dah lar sama macam aus..”.




Selang beberapa saat.


Lepas anak sedara aku tukar baju,dia mesti nak kerumah sebelah sebab nak main.Sedang dia menyarung selipar,kelihatan seorang lelaki bersama anaknya menaiki basikal.Sambil anak kepada lelaki yang berbasikal  itu melambai kearah anak sedaraku yang baru saja selesai memakai selipar buruknya.Anak sedara aku turut membalas lambaiannya sambil tersenyum.







Selepas disiasat,itulah budak yang mengigitnya disekolah.



                                    -The End-



::Budak kecik kalau bergaduh dengan kawan sekejap jer dah baik::








8 comments:

CikTeddyCorner said...

aku tengah bayangkan aus membebel..hmm mesti aku lagi comel.hahaha

Sarip Kumbang said...

tak mungkinlah...haha

TUGAU GATES said...

ni pengaruh suarez ni

Sarip Kumbang said...

tulah budak2 ni cpt terpengaruh...

Camy Alya said...

tragis haha

Shawn Razaleigh said...

macam jimbauk.

yang paling haram apa fasal siasat, lepas tu terus habis cerita? rasa macam nak makan mi kari je.

syafiqa said...

bilanya nak update noks?

Aida Ismail said...

Biasa la budak2 memang macam tu :D