Friday, 16 October 2015

Kalau Kau Tahu Apa Itu Rindu.



Lama tak ke pusara.
Tak lama dulu kita pernah bersua.
Bertemu sebentar dialam dunia nyata.
Pinjaman tuhan buat sementara.
Berkecai hati bila dapat berita.
Cerita tentang bahawasanya kau sudah tidak bernyawa.
Longlai gemalai kujur  tersungkur
Semangat bangkitku yang kian subur.
Kau ambil semua lalu terkubur.
Pinjamkan aku sebentar serpihan kenangan
Biarku jadikan pautan jadi pegangan
Supaya tidak tersesat dijalanan
Setiap incian watak bertebangan dalam fikiran
Tapi sayang itu selingan.
Yang tinggal hanya lebihan hujan
Maaf,Ini bukan pujangga.
Cuma coretan kerinduan yang terusik dalam bisik.



2 comments:

Raz said...

Semoga arwah di kalangan orang-orang yang diberkatiNya

Sarip Kumbang said...

Amin.