Tuesday 20 October 2015

Kisah Misteri Selepas Menonton Filem



Assalamualaikum.




Haritu sedang aku berkelana,salah sahabat aku mempengaruhi aku (secara sedar)untuk menonton filem yang dia muat turun secara ghairah yang berada dalam 'Pc' beliau.



























Tajuknya 'The Babadook'.Filem ni bergenre seram dan filem ni dirilis tahun 2014.Menurut sumber yang sahabat aku baca,pelakon filem ni ada menang 'Oscar' sebab berlakon dalam filem ni.







Aku layankan je sahabat aku tu.Seriusli,aku memang suka cerita hantu.Jadi aku jadi eksaited nak tengok.Kami pun menonton bersama-sama sambil bersedia untuk terkejut.











Tonton punya tonton....



















Waktu tu aku dah mula rasa tak sedap badan.




















Dan akhirnya aku kembali dengan sebilah kapak serta mengugut sahabat aku supaya mendelete cerita tersebut secara serta merta.Celaka apa hantu tak keluar sampai kesudah.







Ending cerita pun macam celaka.Kau bayangkanlah aku dengan kawan aku tu boleh ketawa terbahak-bahak tengok ending cerita ni...




Semenjak aku tonton cerita tu,aku dah kurang percaya dengan filem-filem yang kawan aku tu download.Nama sahabat aku tu aku terpaksa rahsiakan demi menjaga keselamatan dan maruah beliau.









P/s: Akif Muinuddin Fikri!jangan risau aku akan jaga kau...aku janji tak sebut nama kau kat sini...







Nah aku belanja satu gambar Juon yang comel.











2 comments:

Raz said...

aku dah tgok cite tu.. masa tu aku tgok sorang2 so rasa seram sket kot. hahhaa

err hantu juon dah pakai speck

Sarip Kumbang said...

Comel an?