Friday 28 October 2016

Sarip Kembali Menyinari Kulinari Tari Menari

Assalamualaikum.



Rindu nak tulis.Dah bersawang dah laman sesawang ni.Aku selalu gak ziarah blog aku ni tengok komen.Ingatkan bertambah,rupanya sama je kahkah.





Aku rindu dengan blog lama aku.Menyesal pulak aku delete dulu.Aku delete pun sebab ada orang cakap "blog kau sepatutnya ada selit unsur dakwah..".Aku jadi sedih sebab blog aku cuma hiburan dan makian.Aku buat keputusan delete ajelah.




Lepastu leptop aku rosak jadi,tak dapatlah aku nak buat kartun orang minyak berkepala manusia.Sekarang ni pun aku tak tau nak buat apa.Lepasni aku nak tulis apa pun aku tak tahu.Aku tak busy pun sebenarnya.Sebab leptop rosak semua aktiviti pemblogkan aku terhenti.Isshhh macam tersingkir AF pulak.



Aku cuma nak cakap,aku rindu kat blog Encik Atan.Kat situlah kenangan aku mengurat awek.Huhuhu





Ayuh,ramai-ramai kita berhuhu sebentar mengenangkan blog yang sudah bersawang.Satu lagi,entri ni takde gambar tau...sebab data nak habis.



6 comments:

Raz said...

rugi weh delete blog.. kalau delete post yg ko x suke xpe.. hahaha..selamat kembali berblog.. blog aku pon bersemak samun dah.. sket lg nak jadi hutan khatulistiwa.. haha

Sarip Kumbang said...

Ayuh menangis dibucu katil...huhu

Mrs. A said...

Hahhaaa... data nak habis??

Kenapa tak guna internet burung hantu jer... tapi tulah kena jadi burung hantu lorrr...

Alahai! sayangnya delete blog tak sempat Mrs. A baca ngeh!ngeh!ngeh!

Sarip Kumbang said...

Nk jadi burung hantu yg payah tu...huhuhu...

Sarip Kumbang said...
This comment has been removed by the author.
Mieza S said...

belog kau mengingatkan aku waktu zaman dulu kala. masa zaman2 myspace. dimana aku suka benor baca blog2 lelaki kacak dan bijak macam kau.

tapi tu la. zaman da berubah kan. kebanyalkkan org menjadi kan blog sbgai tmpt pengiklanan dan info semasa. yang paling hot tentang berita sensasi artis dan politik. jarang orang menulis blog macam dulu2. lebih kepada kehidupan peribadi yang sweet2. tak macam cerita drama2 pth2 yang cilakak tu. hahaha k la. panjang aku komen. bye